Showing posts with label NOTA HATI. Show all posts
Showing posts with label NOTA HATI. Show all posts

06 March 2015

:: ITULAH CINTA ::




Orang kata : 





"Cinta itu tak terluah dengan kata2."






Ohya?






Setiap orang boleh meluahkan cinta dengan kata2.kerana mulut boleh katakan apa saja.






Tapi untuk tunjukkan rasa cinta sebenar benar cinta tiada siapa yang mampu tunjukkan seperti yang Dia (Allah) tunjukkan.




Dia tidak meluahkan rasa cinta itu.

Tapi Dia tuliskan yakni melalui Al Quran.
Beruntung bagi yang membaca,memahami dan mengamalkan.

Dan apa yang tertulis juga benar,tidak seperti manusia.
Mampu berbicara,namun belum tentu menunaikan.






Seperti orang lain yang meraih cinta dengan hadiah2 yang mewah namun bersifat sementara dan pada waktu2 tertentu sahaja.
Namun cintaNya untuk kita bersifat setiap saat tanpa mengira tempat dan paling penting hadiahNya itu bersifat kekal.






Menurutku, itulah cinta.

#unspokenlove,


-arifudoalhadid-

Terima Kasih

10 January 2015

:: GET MARRIED ::

every girl dream. . 
but for me...its my mom dream.

everyday she'll ask me.

then,

i've no idea about this. 


dear mom,if you read this.

its enough for me to have you and dad.
its enough for me to look your smiles.
its enough for me to make you happy. . 


even,


i'm not a good daughter... :'(

Terima Kasih

:: PERKAHWINAN ITU 1 PERJUDIAN ::

Orang cakap.

Perkahwinan tu satu perjudian. Sama ada bahagia atau derita yang kau temui. . .

Aku tidak mengerti akan maksudnya di situ.tapi aku yakin.segala perancangan illahi adalah yang sebaik-baiknya dan aku serahkan semua kepada Allah untuk merencanakannya.


Aku merancang.Allah merancang.Dan perancangannya yang terbaik.


sebab apa?
sebab dia ciptakan aku.dia yang menghidupkan roh dan jiwa ini..maka dia lebih memahami kehendakku macamana..


macam mak selalu pesan.
"Tuhan tu maha adil.jangan kau pertikaikan apa yan telah di rencanakan.semua yang berlaku ada hikmahnya."



*Percayalah akan qada dan qadar.andai ada jodoh pasti bertemu jua.

Terima Kasih

:: SIAPA AKU ::

Aku siapa??

kau tak tau aku siapa.
jadi kau jangan nilai aku siapa.

kau bukan tuhan untuk menilai aku,
dan aku..
aku bukan tuhan untuk menilai kau.


siapa aku??
aku sama macam kau.
hidup hanya menumpang di muka bumi ini.
aku sama macam kau.
di ciptakan dari tanah dan kembali kepada tanah bila sudah sampai waktunya.


apa beza kau dan aku??
rupa kita tidak sama.
rezeki,ajal,maut dan jodoh kita tidak sama.


dan kau tahu apa maksud di sebalik semua itu??
itulah kekuasaan tuhan yang menciptakan kita dari bentuk yang berbeza.
itulah kekayaan tuhan yang memberi kita kecukupan yang berlainan.


dan sekarang kau tahu siapa aku?


aku hanyalah hamba yang hina.
hidup menumpang di atas muka bumi ini,
berserah diri di arena persinggahan ini.
ini bukan kehidupan yang kekal.
kehidupan sebenarku bermula bila malaikat maut menjemputku.
kehidupan ku bermula setelah malaikat penjaga kubur selesai tugasnya menyoalku di alam barzakh.
kehidupan  ku bermula ketika selesai hari timbangan amal ku di hari kebangkitan.


masa tu..
aku..tak kau sekali..
masa tu kita tak tahu.


syurga neraka itu milik siapa.


Terima Kasih

08 January 2015

:: MANUSIA HARI INI SUKA SANGKA-SANGKA::


Manusia hari ini suka sangka-sangka..


Orang beribadah di sangka riak..
Orang rileks di sangka malas..
Orang berpakaian baru di sangka menunjuk..
Orang berpakaian buruk di sangka hina..
Orang makan banyak di sangka pelahap..
Orang makan sedikit di sangka diet..
Orang yang senyum di sangka mengejek..
Orang yang masam di sangka merajuk..
Orang berbincang di sangka mengumpat..
Orang yang diam di sangka menyendiri..
Orang yang menawan di sangka menggoda..
Orang yang ceria di sangka mengada.
Orang yang bertanya di sangka menyibuk..


Hakikatnya..


Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa..
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat..
Mana tahu yang diam itu beribadah..
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya..
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya..
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya..


Justeru itu..

Sesuatu perkara yang kita lihat jangan suka sangka-sangka..
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa..
Kerap sangka-sangka mengundang celaka..
Jangan terlalu bersangka-sangka..Jauhi sikap sangka-sangka..


"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagiaan dari sangkaan itu adalah dosa.."
(Al-Hujurat: 12)

Terima Kasih

:: Ya Tarim wa Ahlaha ::

Wanita Tarim..

Di Tarim sangat susah kita menemukan perempuan yang menampakkan wajahnya di khalayak ramai,

Walaupun dari pandangan lelaki ketika mereka bekerja di ladang atau menggembala kambing di kawasan bukit yang kering, mereka tetap berabaya dan berniqob/berpurdah hitam.

Mereka dapat bertahan walaupun di terik panasnnya matahari di Negeri Tarim Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya.

Begitulah perempuan di Tarim. Panasnya api neraka lebih mengerikan dibandingkan panasnya terik matahari.

Allah ...
Ya Tarim wa Ahlahaa


========================================

Tarim..

tempat untuk mencari akhirat.
sungguh ingin sekali aku tinggal di sana.
mendengar cerita nya aku sudah rindu kepada negeri itu.

Allahu..
Terima Kasih

:: JEJAK AKHLAK SAIDATINA FATIMAH r.a ::


Habib Omar bin hafidz berpesan; 

"Apakah kalian tidak tahu pesta perkahwinan Sayyidah Fatimah Az-Zahra di gedung apa? Menggunakan tata cara siapa? Siroh Sayyidah Fatimah Az-Zahra telah terhapus di benak kalian.Apakah kalian melihat diri kalian lebih agung dari beliau?! Apa saja yang dipersiapkan Rasulullah SAW untuk perkahwinan puteri beliau? Dengan cara begitu, apakah turun darjat Sayyidah Fatimah?! . 



Di akhirat nanti seluruh wanita, sejak awal penciptaan hingga akhir, akan menundukkan kepalanya kerana beliau akan melewati jalan cahaya. . Ketika di padang mahsyar, akan terdengar suara dari Arsy Allah, Tundukkan kepala kalian dan pejamkan mata kerana Fatimah binti Muhammad SAW akan melewati shiroth. 



Apakah kalian tidak ingin berada di belakang beliau, lewat di Shiroth bersama beliau dan mengikuti beliau ? Kalian telah menukar beliau dengan lainnya. . 



Ketika Rasulullah SAW ditanya, Apa yang terbaik bagi wanita? Sayyidah Fatimah menjawab, Yang paling baik bagi wanita adalah tidak melihat dan tidak dilihat oleh lelaki. Kemudian Rasulullah SAW mencium kening Sayyidah Fatimah dan berdoa, Semoga Allah SWT memberkati anak keturunannya. .





 '' Ya mu’minah ingatlah, kerana suatu peringatan itu bermanfaat. Jauhilah adat-adat yang fana tersebut dan jangan memaksakan diri sampai-sampai berhutang. Seperti di dalam hadits Rasulullah SAW , Barang siapa yang memakai pakaian untuk dipamerkan maka di akhirat nanti akan dihinakan oleh Allah SWT. . Janganlah berbangga dengan pakaian sutera dan emas. Sesungguhnya orang kafir diberi Allah SWT kenikmatan dunia, namun itu adalah kenikmatan yang fana. 




Mengikuti Fatimah Az-Zahra Al-Batu'ul lebih mulia..

Terima Kasih

:: URUSAN ::

Aku,kau,kamu,kita,mereka dan kami.

Sama sahaja.sama2 di uji olehNya.

Berperang dengan nafsu melayan syaitan yang tidak pernah cuti dan sangat kreatif menjatuhkan kita.

Kuat bila menang,lemah bila kalah.




Terima Kasih

21 December 2014

:: I'm Stand For GAZA::


Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA






https://www.youtube.com/watch?v=UToK3yiL4SY

Terima Kasih

17 December 2014

:: EMERGENCY & TRAUMA DEPARTMENT ::


EMERGENCY & TRAUMA DEPARTMENT.


di zaman menuju ke arah pembangunan,masih ramai yang belum memahami apa maksud RAWATAN KECEMASAN.

ada yang sudah demam 5-7 hari baru datang hospital.



ada yang sudah jatuh semalam baru datang hari ni.

ada yang allergik makanan,,sanggup datang tengah malam.


"KAMI FAHAM ANDA SAKIT DAN PERLUKAN RAWATAN.KAMI SEDIA MEMBANTU.
TAPI MENGERTI KAH ANDA AKAN MAKSUD "KECEMASAN"????


untuk mereka yang berkhidmat di "First Line" ataupun Emergency & Trauma Department.

anda haruslah ada pakej tersebut..

- sedia menghadapi karenah pesakit tak kira bangsa,agama,tua,muda,lelaki atau wanita.

-bijak dalam membahagikan zon rujukan.

-bersedia pada setiap masa kerana pesakit datang tak kira masa.

-Faham dan tahu bahawa kita bekerja syif.tapi jangan berharap akan pulang tepat pada waktunya.

-bersedia pada kerja waktu malam kita tidak akan tidur seperti orang lain.yang dah berkeluarga terpaksa korban untuk tinggalkan pasangan dan anak anak.

-bersedia untuk menghadapi keadaan yang sibuk berterusan.

-bersedia dengan gangguan jadual pemakanan.

-bersedia untuk mengawal diri dalam ambulans.

-bijak mengawal stress.

-senyumlah meskipun anda terlalu penat.

-bersedia untuk korbankan cuti.

yang lain..anda boleh tambah sendiri.

"orang tak faham kita..orang tak tahu protokol kerja kita..mereka menilai seolah kita tidak buat kerja.itu cakap mereka"

sedangkan kita,

bekerja mengadaikan nyawa sendiri untuk nyawa orang lain.nyawa orang lain adalah keutamaan kita.

orang yang tak merasa,tak kan pernah faham.

Terima Kasih

:: capital A ::


A is for what?

A for Aliff.
A for Allah.
A for Ahmad.
A for Al Quran.


when you teach your child,teach them about this first.

a is not for arifudoalhadid.

kahkahkah


o(〃^▽^〃)o

Terima Kasih

06 November 2014

:: MY HEART IS FRAGILE::


"MY HEART IS FRAGILE"

Maksudnya..jantungnya mudah pecah..mungkin sebab jantungnya diperbuat dari kaca. Sekali pecah boleh tusuk paru-paru.maka jadilah kecederaan trauma dinding paru2..ataupun Haemothorax...ataupun Pneumothorax..ada lagi??

Ada.seperti tayar pancit..tiada angin dapat di pam masuk ke dalam tayar.. ibarat jantung yang pecah,tiada oksigen dapat di pam masuk menyebabkan kegagalan jantung berfungsi dengan baik.



Dari sudut pandangan agama pulak,kalau hati tidak dipam dengan makanan rohani,hati akan mati.membuat kita lupa pada Dia yang Maha memberi.

Tapi bagi syu pulak,

"MY PRODUCT IS FRAGILE"

Koh..koh..koh..

Untuk makluman semua 95% jualan makanan sunnah di packing dalam bekas kaca.(Jangan tanya kenapa).Jadi sebelum pos barang akan di packing dengan kesungguhan pihak penaja untuk memastikan customer menerima barang dalam keadaan baik.Harga pos mungkin agak mahal.bukanlah kerana nak kaut keuntungan lebih,tapi kerana kadar postage telah di naikkan oleh pihak tertentu.

Sama juga dengan supplement shaklee..walaupun bukan dipacking dalam kaca.tapi kandungan ubatan tu adalah kaca..eh,bukan.umpama kaca.untuk memastikan supplement dalam keadaan baik semasa customer menerimanya.



Sekian,dari meja penjual.
-arifudoalhadid-

Terima Kasih

01 November 2014

:: HADIAH DARI ALLAH ::



Dalam kita buat usaha agama,
Kita korbankan. masa,wang dan tenaga,


Kadang sampai kocek kita kering,
Semua yang wang dah di hantarkan ke akhirat,


Ada sesuatu ketika teringinkan sesuatu,
Tapi,wang tidak mencukupi,
Kalau adapun untuk sesuatu yang lebih penting,


Pada ketika itu,mintalah dengan Allah,
Yakinlah, Allah akan kirimkan seseorang untuk menghantarkannya kepada kita.


Itulah hadiah dari Allah.


Yang bersyukur,
-arifudoalhadid-


Terima Kasih

30 October 2014

:: DUNIA AKHIR ZAMAN ::

Dunia akhir zaman.

Macam2 benda tak elok jadi.
Bencana situ sana sini.
Tugas Ulama' di pertikaikan.
Tok Guru di fitnah tak berasas.



Umat semakin lemah.
Cuba menjadi ustaz/ustazah bertauliah.

Di suruh belajar ilmu agama kata takda masa.
Ada Alquran tak nak baca.
Ada Sunnah tak nak turutkan.

Kata nak ke syurga,tapi jalan di pilih simpang ke neraka.

Duhai diri..
Siapalah kita nak menghukum manusia.

Duhai diri..
Siapalah kita nak mendabik dada di bumi sementara.

Duhai diri..
Ambillah dunia sekadar bekalan untuk kita ke akhirat.

Yg lemah,
-arifudoalhadid-

Terima Kasih

:: PEMANDU LORI SAMPAH ::


Andai sahaja kita sebagai pemandu lori sampah...

Apabila kita berada di jalan raya..
Dapat kita perhatikan semua kenderaan mengelak untuk memandu berdekatan kita..

Apabila kita mengangkut sampah semua orang seolah mengata..
"Eeii...busuknya"(sambil tutup mulut dan hidung)

Kita seolah dipulaukan di atas jalan raya.
Kita seolah dipulaukan kerana mengangkut sampah..

Kita berfikir sejenak.

Kalau Allah jadikan dosa kita berbau sepertinya..apa akan jadi pada kita???
Tiap kali buat dosa..Allah campakkan bau sampah kat kita.
Agak2 ramai dak yang nak buat dosa walau sekecil zarah?

Yang merenung,
-arifudoalhadid-


Terima Kasih

:: KAHWIN MUDA ::


Kahwin muda tu bukan trend ikut ikutan.

Tapi bergantung pada rezeki kita yang Allah dah tetapkan.

Ramai yang nak kahwin..
Tapi masalahnya keduniaan itu lebih di utamakan dari keberkatan.


Jangan anggap bila kita takda kewangan yang mencukupi kita tak boleh kahwin.

Sila ubah pemikiran anda.

Jangan lupa apa yang Allah dah janjikan.

Dalam dunia ni,walaupun orang cakap kahwin ni cuma sekali jak..so kena buat besar2an kalahkan jiran kampung sebelah.

Anda silap.

Perkahwinan itu biar sampai syurga.

Terima Kasih

:: KONSEP DAKWAH INTERNET ::

Dalam berdakwah kita tak perlu jadi famous.atau terkejar2 untuk jadi famous.

Dalam berdakwah kita tak perlukan banyak likers,share..apatah lagi komen.

Dalam berdakwah kita tak perlu bagitau kat semua orang kita orang yang alim lagi warak.

Dalam berdakwah kita cuma perlu lakukan yang terbaik.

Dalam berdakwah tinggalkan cebisan2 status/penulisan yang baik.

Supaya suatu hari nanti..ia akan memberi manfaat kepada orang ramai.

No one know im porenjes..


-arifudoalhadid-

Terima Kasih

:: TIPS 8 : EDISI : TUTUP AURAT ::


Istiqomah.

Mende istiqomah ni?-.-"


Amal yang kita buat sedikit-dikit tapi secara berterusan.

Ukhti ku sayang..
Jom lah berubah sama2 ye..

Kalau sayang mak ayah,saudara lelaki,dan suami..
Buktikan kita sayang mereka dengan sebenar-benar sayang..

Jangan kita booking tiket untuk mereka ke neraka.(nauzubillah)
Jomlah tutup mana yang tak tertutup.
Jangan tangguh2 lagi.

Kita tak tahu..pada saat yang akan datang jantung kita masih berdenyut ka tidak.

Terima Kasih

:: TIPS 7 : EDISI :TUTUP AURAT ::

MULAKAN LANGKAH

Untuk yang baru nak tutup aurat.tapi malu2.. boleh guna cara ni.

-kalau masih malu2..boleh pakai tudung bawal 45..tapi ikut saiz badan besar tang mana..gunakan tips 6 sebelum ni.
-malu nak pakai stokin.takpe..cari kasut yang tertutup bahagian depan..dah tu pakai stokin.
-baju beli baju muslimah sehelai dua dulu..jangan terus tak pakai baju lama..

Kenapa buat macam ni?

Sebab mulut manusia ada dua jenis.ada yang baik.ada yang terlalu baik.

Kita takkan lari daripada sindiran manusia.

"Wahhhh!!..dah jadi ustazah?"

-.-"

Terima Kasih

:: TIPS 6 : EDISI : TUTUP AURAT ::

Pilih Tudung,Stokin dan Stongan.

Tudung

*saiz tudung ikut saiz badan kita.
(Bidang 45,50,55 dan 60)
*Tudung labuh ni tak semestinye kena pakai labuh sampai ke kaki..
*Tak perlu buang budget mahal2 nak beli tudung baru.
*Recycle tudung bidang 45,cuma ubah cara pemakaian tudung.
-tak perlu lilit
-tak perlu silang2
-tak perlu tarik2

Yang perlu lilit,silang dan tarik ni utk hawa yang gemar pakai shawl.
Pakai shawl molek juga.yang penting tertutup.

Stokin
- boleh pilih kaler yang di suka.
- tak nipis dan jarang.
-tebal
- sebolehnya tak ikut warna kulit.
*kat giant ada jual stokim rm 0.99 

Stongan (sarung tangan)
-ikut suka hati nak pilh warna apa..sebab banyak sangat pilihan...
*kalau tak nak pakai juga takpe,yang penting baju bila di selak tak nampakkan lengan.
*yakin lengan boleh tertutup sepanjang masa.
*beli yang murah2..kat kedai pakistan jual Rm1.00

Wallahualam,

Terima Kasih

© Arifudo al-Hadid | Template Designed By MH