30 October 2014

:: DUNIA AKHIR ZAMAN ::

Dunia akhir zaman.

Macam2 benda tak elok jadi.
Bencana situ sana sini.
Tugas Ulama' di pertikaikan.
Tok Guru di fitnah tak berasas.



Umat semakin lemah.
Cuba menjadi ustaz/ustazah bertauliah.

Di suruh belajar ilmu agama kata takda masa.
Ada Alquran tak nak baca.
Ada Sunnah tak nak turutkan.

Kata nak ke syurga,tapi jalan di pilih simpang ke neraka.

Duhai diri..
Siapalah kita nak menghukum manusia.

Duhai diri..
Siapalah kita nak mendabik dada di bumi sementara.

Duhai diri..
Ambillah dunia sekadar bekalan untuk kita ke akhirat.

Yg lemah,
-arifudoalhadid-

Terima Kasih

:: PEMANDU LORI SAMPAH ::


Andai sahaja kita sebagai pemandu lori sampah...

Apabila kita berada di jalan raya..
Dapat kita perhatikan semua kenderaan mengelak untuk memandu berdekatan kita..

Apabila kita mengangkut sampah semua orang seolah mengata..
"Eeii...busuknya"(sambil tutup mulut dan hidung)

Kita seolah dipulaukan di atas jalan raya.
Kita seolah dipulaukan kerana mengangkut sampah..

Kita berfikir sejenak.

Kalau Allah jadikan dosa kita berbau sepertinya..apa akan jadi pada kita???
Tiap kali buat dosa..Allah campakkan bau sampah kat kita.
Agak2 ramai dak yang nak buat dosa walau sekecil zarah?

Yang merenung,
-arifudoalhadid-


Terima Kasih

:: KAHWIN MUDA ::


Kahwin muda tu bukan trend ikut ikutan.

Tapi bergantung pada rezeki kita yang Allah dah tetapkan.

Ramai yang nak kahwin..
Tapi masalahnya keduniaan itu lebih di utamakan dari keberkatan.


Jangan anggap bila kita takda kewangan yang mencukupi kita tak boleh kahwin.

Sila ubah pemikiran anda.

Jangan lupa apa yang Allah dah janjikan.

Dalam dunia ni,walaupun orang cakap kahwin ni cuma sekali jak..so kena buat besar2an kalahkan jiran kampung sebelah.

Anda silap.

Perkahwinan itu biar sampai syurga.

Terima Kasih

:: KONSEP DAKWAH INTERNET ::

Dalam berdakwah kita tak perlu jadi famous.atau terkejar2 untuk jadi famous.

Dalam berdakwah kita tak perlukan banyak likers,share..apatah lagi komen.

Dalam berdakwah kita tak perlu bagitau kat semua orang kita orang yang alim lagi warak.

Dalam berdakwah kita cuma perlu lakukan yang terbaik.

Dalam berdakwah tinggalkan cebisan2 status/penulisan yang baik.

Supaya suatu hari nanti..ia akan memberi manfaat kepada orang ramai.

No one know im porenjes..


-arifudoalhadid-

Terima Kasih

:: TIPS 8 : EDISI : TUTUP AURAT ::


Istiqomah.

Mende istiqomah ni?-.-"


Amal yang kita buat sedikit-dikit tapi secara berterusan.

Ukhti ku sayang..
Jom lah berubah sama2 ye..

Kalau sayang mak ayah,saudara lelaki,dan suami..
Buktikan kita sayang mereka dengan sebenar-benar sayang..

Jangan kita booking tiket untuk mereka ke neraka.(nauzubillah)
Jomlah tutup mana yang tak tertutup.
Jangan tangguh2 lagi.

Kita tak tahu..pada saat yang akan datang jantung kita masih berdenyut ka tidak.

Terima Kasih

:: TIPS 7 : EDISI :TUTUP AURAT ::

MULAKAN LANGKAH

Untuk yang baru nak tutup aurat.tapi malu2.. boleh guna cara ni.

-kalau masih malu2..boleh pakai tudung bawal 45..tapi ikut saiz badan besar tang mana..gunakan tips 6 sebelum ni.
-malu nak pakai stokin.takpe..cari kasut yang tertutup bahagian depan..dah tu pakai stokin.
-baju beli baju muslimah sehelai dua dulu..jangan terus tak pakai baju lama..

Kenapa buat macam ni?

Sebab mulut manusia ada dua jenis.ada yang baik.ada yang terlalu baik.

Kita takkan lari daripada sindiran manusia.

"Wahhhh!!..dah jadi ustazah?"

-.-"

Terima Kasih

:: TIPS 6 : EDISI : TUTUP AURAT ::

Pilih Tudung,Stokin dan Stongan.

Tudung

*saiz tudung ikut saiz badan kita.
(Bidang 45,50,55 dan 60)
*Tudung labuh ni tak semestinye kena pakai labuh sampai ke kaki..
*Tak perlu buang budget mahal2 nak beli tudung baru.
*Recycle tudung bidang 45,cuma ubah cara pemakaian tudung.
-tak perlu lilit
-tak perlu silang2
-tak perlu tarik2

Yang perlu lilit,silang dan tarik ni utk hawa yang gemar pakai shawl.
Pakai shawl molek juga.yang penting tertutup.

Stokin
- boleh pilih kaler yang di suka.
- tak nipis dan jarang.
-tebal
- sebolehnya tak ikut warna kulit.
*kat giant ada jual stokim rm 0.99 

Stongan (sarung tangan)
-ikut suka hati nak pilh warna apa..sebab banyak sangat pilihan...
*kalau tak nak pakai juga takpe,yang penting baju bila di selak tak nampakkan lengan.
*yakin lengan boleh tertutup sepanjang masa.
*beli yang murah2..kat kedai pakistan jual Rm1.00

Wallahualam,

Terima Kasih

:: TIPS 5 : EDISI : TUTUP AURAT ::

BONGKAR ALMARI

Huh?Guane tu?


Pilih pakaian. Asingkan mana pakaian yang singkat dan yang labuh.
Orang kata ukur baju di badan sendiri

Haa..ni la masa kita ukur baju di badan sendiri.

Pastikan
-baju longgar dan labuh
-tak ketat
-tak jarang
-cukup syarat tutup aurat.

Asingkan
-yang ketat,sendat dan singkat.
-menjolok mata

Baju yang dah tak muat..jangan terus tak pakai.boleh pakai dalam rumah..dalam bilik..tak pun bagi adik2 kandung..adik2 jiran pun boleh jugak.

Wallahualam.

Terima Kasih

:: TIPS 4 : EDISI TUTUP AURAT ::


sebelum menutup aurat mai kita buat check list aurat pulop.sebab pemahaman masyarakat sekarang,asal tutup kepala dah boleh da..


erm?kamu yakin?

tengok gambar dan kenali aurat anda.

dah tau jangan buat2 buta huruf.silakan tutup mana yang tak tertutup.

P/s : "tapak kaki" dalam gambar bukan setakat kaki punya tapak kaki..tapi sekali dengan jejari kaki.mohon pakai stokin.

wallahulam,

Terima Kasih

© Arifudo al-Hadid | Template Designed By MH