08 January 2015

:: MANUSIA HARI INI SUKA SANGKA-SANGKA::


Manusia hari ini suka sangka-sangka..


Orang beribadah di sangka riak..
Orang rileks di sangka malas..
Orang berpakaian baru di sangka menunjuk..
Orang berpakaian buruk di sangka hina..
Orang makan banyak di sangka pelahap..
Orang makan sedikit di sangka diet..
Orang yang senyum di sangka mengejek..
Orang yang masam di sangka merajuk..
Orang berbincang di sangka mengumpat..
Orang yang diam di sangka menyendiri..
Orang yang menawan di sangka menggoda..
Orang yang ceria di sangka mengada.
Orang yang bertanya di sangka menyibuk..


Hakikatnya..


Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa..
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat..
Mana tahu yang diam itu beribadah..
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya..
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya..
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya..


Justeru itu..

Sesuatu perkara yang kita lihat jangan suka sangka-sangka..
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa..
Kerap sangka-sangka mengundang celaka..
Jangan terlalu bersangka-sangka..Jauhi sikap sangka-sangka..


"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagiaan dari sangkaan itu adalah dosa.."
(Al-Hujurat: 12)

Terima Kasih

No comments:

© Arifudo al-Hadid | Template Designed By MH