10 January 2015

:: GET MARRIED ::

every girl dream. . 
but for me...its my mom dream.

everyday she'll ask me.

then,

i've no idea about this. 


dear mom,if you read this.

its enough for me to have you and dad.
its enough for me to look your smiles.
its enough for me to make you happy. . 


even,


i'm not a good daughter... :'(

Terima Kasih

:: PERKAHWINAN ITU 1 PERJUDIAN ::

Orang cakap.

Perkahwinan tu satu perjudian. Sama ada bahagia atau derita yang kau temui. . .

Aku tidak mengerti akan maksudnya di situ.tapi aku yakin.segala perancangan illahi adalah yang sebaik-baiknya dan aku serahkan semua kepada Allah untuk merencanakannya.


Aku merancang.Allah merancang.Dan perancangannya yang terbaik.


sebab apa?
sebab dia ciptakan aku.dia yang menghidupkan roh dan jiwa ini..maka dia lebih memahami kehendakku macamana..


macam mak selalu pesan.
"Tuhan tu maha adil.jangan kau pertikaikan apa yan telah di rencanakan.semua yang berlaku ada hikmahnya."



*Percayalah akan qada dan qadar.andai ada jodoh pasti bertemu jua.

Terima Kasih

:: SIAPA AKU ::

Aku siapa??

kau tak tau aku siapa.
jadi kau jangan nilai aku siapa.

kau bukan tuhan untuk menilai aku,
dan aku..
aku bukan tuhan untuk menilai kau.


siapa aku??
aku sama macam kau.
hidup hanya menumpang di muka bumi ini.
aku sama macam kau.
di ciptakan dari tanah dan kembali kepada tanah bila sudah sampai waktunya.


apa beza kau dan aku??
rupa kita tidak sama.
rezeki,ajal,maut dan jodoh kita tidak sama.


dan kau tahu apa maksud di sebalik semua itu??
itulah kekuasaan tuhan yang menciptakan kita dari bentuk yang berbeza.
itulah kekayaan tuhan yang memberi kita kecukupan yang berlainan.


dan sekarang kau tahu siapa aku?


aku hanyalah hamba yang hina.
hidup menumpang di atas muka bumi ini,
berserah diri di arena persinggahan ini.
ini bukan kehidupan yang kekal.
kehidupan sebenarku bermula bila malaikat maut menjemputku.
kehidupan ku bermula setelah malaikat penjaga kubur selesai tugasnya menyoalku di alam barzakh.
kehidupan  ku bermula ketika selesai hari timbangan amal ku di hari kebangkitan.


masa tu..
aku..tak kau sekali..
masa tu kita tak tahu.


syurga neraka itu milik siapa.


Terima Kasih

08 January 2015

:: MANUSIA HARI INI SUKA SANGKA-SANGKA::


Manusia hari ini suka sangka-sangka..


Orang beribadah di sangka riak..
Orang rileks di sangka malas..
Orang berpakaian baru di sangka menunjuk..
Orang berpakaian buruk di sangka hina..
Orang makan banyak di sangka pelahap..
Orang makan sedikit di sangka diet..
Orang yang senyum di sangka mengejek..
Orang yang masam di sangka merajuk..
Orang berbincang di sangka mengumpat..
Orang yang diam di sangka menyendiri..
Orang yang menawan di sangka menggoda..
Orang yang ceria di sangka mengada.
Orang yang bertanya di sangka menyibuk..


Hakikatnya..


Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa..
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat..
Mana tahu yang diam itu beribadah..
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya..
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya..
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya..


Justeru itu..

Sesuatu perkara yang kita lihat jangan suka sangka-sangka..
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa..
Kerap sangka-sangka mengundang celaka..
Jangan terlalu bersangka-sangka..Jauhi sikap sangka-sangka..


"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagiaan dari sangkaan itu adalah dosa.."
(Al-Hujurat: 12)

Terima Kasih

:: Ya Tarim wa Ahlaha ::

Wanita Tarim..

Di Tarim sangat susah kita menemukan perempuan yang menampakkan wajahnya di khalayak ramai,

Walaupun dari pandangan lelaki ketika mereka bekerja di ladang atau menggembala kambing di kawasan bukit yang kering, mereka tetap berabaya dan berniqob/berpurdah hitam.

Mereka dapat bertahan walaupun di terik panasnnya matahari di Negeri Tarim Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya.

Begitulah perempuan di Tarim. Panasnya api neraka lebih mengerikan dibandingkan panasnya terik matahari.

Allah ...
Ya Tarim wa Ahlahaa


========================================

Tarim..

tempat untuk mencari akhirat.
sungguh ingin sekali aku tinggal di sana.
mendengar cerita nya aku sudah rindu kepada negeri itu.

Allahu..
Terima Kasih

:: JEJAK AKHLAK SAIDATINA FATIMAH r.a ::


Habib Omar bin hafidz berpesan; 

"Apakah kalian tidak tahu pesta perkahwinan Sayyidah Fatimah Az-Zahra di gedung apa? Menggunakan tata cara siapa? Siroh Sayyidah Fatimah Az-Zahra telah terhapus di benak kalian.Apakah kalian melihat diri kalian lebih agung dari beliau?! Apa saja yang dipersiapkan Rasulullah SAW untuk perkahwinan puteri beliau? Dengan cara begitu, apakah turun darjat Sayyidah Fatimah?! . 



Di akhirat nanti seluruh wanita, sejak awal penciptaan hingga akhir, akan menundukkan kepalanya kerana beliau akan melewati jalan cahaya. . Ketika di padang mahsyar, akan terdengar suara dari Arsy Allah, Tundukkan kepala kalian dan pejamkan mata kerana Fatimah binti Muhammad SAW akan melewati shiroth. 



Apakah kalian tidak ingin berada di belakang beliau, lewat di Shiroth bersama beliau dan mengikuti beliau ? Kalian telah menukar beliau dengan lainnya. . 



Ketika Rasulullah SAW ditanya, Apa yang terbaik bagi wanita? Sayyidah Fatimah menjawab, Yang paling baik bagi wanita adalah tidak melihat dan tidak dilihat oleh lelaki. Kemudian Rasulullah SAW mencium kening Sayyidah Fatimah dan berdoa, Semoga Allah SWT memberkati anak keturunannya. .





 '' Ya mu’minah ingatlah, kerana suatu peringatan itu bermanfaat. Jauhilah adat-adat yang fana tersebut dan jangan memaksakan diri sampai-sampai berhutang. Seperti di dalam hadits Rasulullah SAW , Barang siapa yang memakai pakaian untuk dipamerkan maka di akhirat nanti akan dihinakan oleh Allah SWT. . Janganlah berbangga dengan pakaian sutera dan emas. Sesungguhnya orang kafir diberi Allah SWT kenikmatan dunia, namun itu adalah kenikmatan yang fana. 




Mengikuti Fatimah Az-Zahra Al-Batu'ul lebih mulia..

Terima Kasih

:: URUSAN ::

Aku,kau,kamu,kita,mereka dan kami.

Sama sahaja.sama2 di uji olehNya.

Berperang dengan nafsu melayan syaitan yang tidak pernah cuti dan sangat kreatif menjatuhkan kita.

Kuat bila menang,lemah bila kalah.




Terima Kasih

© Arifudo al-Hadid | Template Designed By MH