21 December 2014

:: I'm Stand For GAZA::


Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA






https://www.youtube.com/watch?v=UToK3yiL4SY

Terima Kasih

17 December 2014

:: EMERGENCY & TRAUMA DEPARTMENT ::


EMERGENCY & TRAUMA DEPARTMENT.


di zaman menuju ke arah pembangunan,masih ramai yang belum memahami apa maksud RAWATAN KECEMASAN.

ada yang sudah demam 5-7 hari baru datang hospital.



ada yang sudah jatuh semalam baru datang hari ni.

ada yang allergik makanan,,sanggup datang tengah malam.


"KAMI FAHAM ANDA SAKIT DAN PERLUKAN RAWATAN.KAMI SEDIA MEMBANTU.
TAPI MENGERTI KAH ANDA AKAN MAKSUD "KECEMASAN"????


untuk mereka yang berkhidmat di "First Line" ataupun Emergency & Trauma Department.

anda haruslah ada pakej tersebut..

- sedia menghadapi karenah pesakit tak kira bangsa,agama,tua,muda,lelaki atau wanita.

-bijak dalam membahagikan zon rujukan.

-bersedia pada setiap masa kerana pesakit datang tak kira masa.

-Faham dan tahu bahawa kita bekerja syif.tapi jangan berharap akan pulang tepat pada waktunya.

-bersedia pada kerja waktu malam kita tidak akan tidur seperti orang lain.yang dah berkeluarga terpaksa korban untuk tinggalkan pasangan dan anak anak.

-bersedia untuk menghadapi keadaan yang sibuk berterusan.

-bersedia dengan gangguan jadual pemakanan.

-bersedia untuk mengawal diri dalam ambulans.

-bijak mengawal stress.

-senyumlah meskipun anda terlalu penat.

-bersedia untuk korbankan cuti.

yang lain..anda boleh tambah sendiri.

"orang tak faham kita..orang tak tahu protokol kerja kita..mereka menilai seolah kita tidak buat kerja.itu cakap mereka"

sedangkan kita,

bekerja mengadaikan nyawa sendiri untuk nyawa orang lain.nyawa orang lain adalah keutamaan kita.

orang yang tak merasa,tak kan pernah faham.

Terima Kasih

:: capital A ::


A is for what?

A for Aliff.
A for Allah.
A for Ahmad.
A for Al Quran.


when you teach your child,teach them about this first.

a is not for arifudoalhadid.

kahkahkah


o(〃^▽^〃)o

Terima Kasih

© Arifudo al-Hadid | Template Designed By MH