27 August 2014

: : STOP IT : :


STOP IT!

Nak Tutup Aurat tapi Malu?

Malu sebab :
takut kawan2 menjauh..
takut di label ustazah..
takut di perli..
takut susah dapat kerja..
takut MALU???

STOP...STOP..STOP..

'' kau pentingkan redha Allah ke redha manusia''
'' Syurga neraka kita di tangan Allah''
'' tak pe kawan menjauh..Allah kan ada''
'' tak pe orang perli,kita dapat pahala''
'' tak pe di panggil ustazah , yang penting kita ikut jalan Allah.
'' tak pe tak dapat kerja kat luar,kerja dengan Allah untuk tempah Syurga''
'' malu orang tengok? kau tak malu dengan Allah ke..dedah sini..dedah sana..?''
''mak ayah tak larang pun buka aurat..soal mak ayah itu urusan Allah..bukan kita.''

*Tidak semua orang Allah akan pilih untuk dapat hidayahnya..sekali Allah dah cuit hati untuk berubah lebih baik..terus ambik langkah berubah.Jangan Tangguh..Hidayah Allah Cuma untuk orang terpilih.

#Kempentutupaurat

-arifudoalhadid-



Terima Kasih

24 August 2014

: : BACA SELALU : :

Al Quran di baca selalu..
Cuba hayati kalau tak faham..
kalau tak faham juga..
Menangis la sampai hati mu lembut untuk memahami..
Menangisla walaupun terpaksa..
Isi nya kekal sepanjang zaman..
Jadikan ia teman di kala suka dan duka..
Jadikan ia teman sehidup semati mu.. Pengubat hati no.satu..
Bacalah..bacalah...
Di dalamnya ada nasihat dan pedoman..
Di dalam nya ada ketenangan..
Meski engkau tidak mengerti..
Bacalah meskipun di dalam gelap..
Bacalah meski lidah dan bibirmu terkial kial membacanya.

-arifudoalhadid-

Terima Kasih

21 August 2014

: : TRANSAKSI BANK : :

"Berniaga dengan Allah umpama Transaksi Bank."


Transaksi bank /Berniaga Dgn Allah.
Kad = malaikat
Kredit = dosa
Debit= pahala.

- kita buat pahala, umpama memasukkan duit ke dalam bank.Semakin banyak pahala,semakin banyak keuntungan dalam bank/tabung akhirat.


-tapi,bila kita buat dosa,umpama kita keluarkan duit kita dalam bank.semakin banyak buat dosa..terlalu banyak buat dosa sampai lupa bertaubat,duit/pahala kita yang terkumpul akan menjadi bkurang dan semakin berkurang..akhirnya "KOSONG"/"ZERO"/"SIFAR.


-"BONUS PAHALA" akan di bank in kan kepada kita kiranya kita "bertaubat''.
Contoh : kita pergi solat terawih..sampai masjid snap gambar selfie dengan caption "done solat terawih malam ke 25".-post status FB/TWITTER/INSTAGRAM/WECHAT


*malaikat dah nak dok hantar amal kita ni.Allah pulak kata :"amal dia aku tak terima sebab dia Riya'."

Sama jugalah bila kita dah bertungkus lumus buat kerja itu ini..Bos bagi gaji guna cek.Hujung2 bos dapat tahu..yg buat kerja tu c fulan..bukan kita yang buat.Bos call kat bank jangan approve cek no: sekian..sekian..
Mai bank nak tuntut tunai.Bank kata ni "cek tendang".
Sapa yang rugi?---> diri sendiri..

Surah As-Saff

61:10 Hai orang-orang yang beriman sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

61:11 (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.

Wallahualam.

-arifudoalhadid-


Terima Kasih

: : MELAMAR PERNIAGAAN : :

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”
(Hadis riwayat Tirmizi)

"Dulu masa kecik saya tolong mak jual kuih dari rumah ke rumah..Sekarang,tak dak p rumah ke rumah sebab mak menjual kat kedai dah."

Alhamdulillah.saya pula menjana perniagaan dengan #shaklee.
Mungkin sekarang Allah uji dengan kesabaran.Tapi,yakinlah..keuntungannya Allah beri kemudian.Bukan dari penaja Shaklee..tapi dari Allah..


Rezeki tak semestinya Allah bagi dari  bentuk wang.tapi rezeki boleh datang dalam macam2 bentuk.


Pengalaman pertama dan melihat kesannya dalam masa yang singkat membuat saya lebih yakin untuk merisik perniagaan ni.

Shaklee sellers,
Sid : 1164891.


-arifudoalhadid-
Terima Kasih

: : KALAU ALLAH TAK REDHA : :

Bila berlaku perselisihan antara insan.

Aspek pertama langkah penyelesaian adalah bincangkan tentang Agama.

#fikir semula..betul ka tidak apa yang kita buat.
#fikir semula..Bagaimana hubungan kita dgn Allah..
#fikir semula..Allah redha tak dgn kita?

Semuanya kembali kepada urusan kita dengan pencipta.
Kalau Allah tak redha..

Selama2nya kita bermasalah.

-arifudoalhadid-


Terima Kasih

20 August 2014

: : JODOH BILA NAK SAMPAI : :

Amalan buat wanita atau lelaki bujang yang inginkan jodoh yang baik dan disegerakan. Semoga Allah terima untuk keredhaan Allah dan dimudahkan serta diberkati insyaAllah.

1) Jaga solat di awal waktu. Doa selepas solat fardhu sangat makbul. Lelaki jaga solat berjemaah di Masjid. Allah janji orang jaga solat adalah orang Allah. Allah janji ambil tanggungjawab ke atasnya termasuk jodohnya dan kehidupannya..


2) Betulkan niat perkahwinan untuk Redha Allah dan Allah semakin sayang. Sangka baik apa pun kerana Allah sayang. Itulah sebenarnya..


3) Baca Yassin setiap pagi. Allah mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah mudahkan.


4) Baca surah Al-Waqiah setiap malam, Allah jauhkan dari kepapaan dan kesempitan.


5) Berterus terang dengan orang yang baik dan disukai untuk menerima sebagai suami atau isteri.


6) Jaga mak ayah dengan baik. Doa mak ayah sangat dan teramat penting.


7) Menerima orang ikhlas dalam hubungan yang segera ingin bernikah dengan kita. Jika tidak mahu bernikah itu tanda tidak ikhlas. Nikah itu kemuliaan. Lupakan orang yang tidak ikhlas. Tidak wajar orang baik seperti saudara saudari berkorban untuk orang yang tidak ikhlas. Hidup perlu diteruskan. Bahagia dari Allah


8) Cari baik semua orang dan suka cari silap diri sendiri.. sebab kita tiada apa-apa. Semua milik Allah. Jangan pandang rendah pada sesiapa dan terlalu takjub hebat sangat dunia seperti cantik.hensem, kaya, kereta, rumah dan lain-lain. Semua dari Allah. Dia beri dan dia boleh ambil. Kita semua sama. 
Segalanya milik Allah.


9) Bangun tahajud setiap malam walaupun 2 rakaat. Doa terus menuju kepada Allah. Sangat makbul. Tahajud kemuliaan dan ketinggian seorang mukmin. Semua orang Allah sayang tak tinggal tahajud...


10) Maafkan semua orang dan minta maaf walaupun rasa tak salah. Rasa sayang pada semua orang. Jika tak mampu, nampak yang tak berkenan di mata, doa ya Allah, dia lagi baik dari saya. Tukar buruk dia kepada baik. Minta kawan-kawan doakan.


11) Banyak senyum dan sedekah kemudian doa supaya Allah mudahkan dan beri yang terbaik. Jangan kedekut tolong orang dan belanja orang terutama keluarga sendiri. Kedekut buat diri sendiri bagus. Tapi pada orang lain tidak bagus. Orang suka sedekah segala yang baik Allah cepatkan termasuk perkahwinan jika kita nak. Suka sedekah , pasti semua sakit, penyakit, masalah, dengki orang, dan lain-lain semua boleh sembuh. Rahsia sedekah. Sebab apa hebat sedekah? Sebab itu janji Allah pemilik segalanya yang kita tahu dan juga yang kita tak pernah tahu dan kayanya tidak berhajat pada apa pun...


12) Yakin selama ini apapun berlaku kerana dia sayang. Dia ingin beri perkara terbaik buat saudara saudari. Tidak pernah kita duga begitu sayangnya Allah. Tiada siapa tahu melainkan bila kita sampai di sana. Bukan kerana dosa atau benci. Tapi kerana Allah terlalu sayang saudara saudari semua. Dia nak bagi yang paling baik.


13) Jauhi yang haram dan dosa kerana kita tidak bahagia bukan kerana tiada pasangan tapi sebab kita buat dosa. Janji Allah kita tenang bila kita ingat Allah. Ia juga akan menarik orang yang baik dan ikhlas serta rajin akan tertawan kepada kita seperti magnet. Itulah kuasa Allah. Islam itu mudah kepada orang yang hatinya kenal Allah. Kehidupan ini pun mudah bila kita kenal Allah. Perkahwinan itu mudah bila kenal Allah.


Ya Allah ya Rahim kawan-kawan ku ini semuanya baik-baik..ya Allah berilah kawan-kawanku yang baik ini, inginkan kebaikan, soleh dan solehah ini pasangan yang baik, rajin bekerja dan berusaha, lemah lembut, jaga agama, daie, sayang keluarga, pemaaf dan orang yang takwa. Ya Allah mudahkanlah dan segerakanlah buat semua kawan-kawanku ini ya Allah. Ya Allah jadikanlah segalanya asbab hidayah..


- Sumber: fb ustaz ebit lew -
Terima Kasih

18 August 2014

: : SABAR DAN SOLAT : :

Ketenangan itu hanya ada pada Allah.
Maka,dekatkanlah diri kepada Allah.Sungguh,Allah itu dekat.

Hati,
Allah tahu yang terbaik untukmu
Mohonlah pertolongan Allah dengan
sabar dan solat.
sabar dan solat.
sabar dan solat.




Janganlah bersedih hati,sungguh Allah sedang menaikkan darjatmu.

Allah..tidak akan uji hambanya melebihi dari kemampuanya.

kadang Allah beri sesuatu yang kita tidak suka.Tapi itulah yang terbaik telah di tetapkan.

untuk apa bersedih duhai hati.sungguh Allah lah sebaik2 tempat memohon pertolongan dan perlindungan.Allah mencintai orang2 yang sabar.

Hati,
Tolong.hentikan kemahuan duniawimu..

serahkan padaNya.Dia tidak akan biarkan tangan yang menadah pulang dengan tangan kosong.


-arifudoalhadid-
Terima Kasih

: : SOMBONG,IBLIS DAN NERAKA : :

Iblis di halau dari syurga kerana sifat sombongnya.

Kita manusia bagaimana?

Tak tahu.
Sebab kita tak sedar bila masa kita sombong.

Bila orang dah nasihat.
Kita tidak mau berubah.

Itu sombong namanya.



-arifudoalhadid-

Terima Kasih

16 August 2014

: : BUKAN KERANA : :


Bukan kerana tinggi nya nilai agama.
Tapi kerana terlalu penat mengejar kehidupan dunia.


Bukan kerana ingin meninggalkan tanggungjawab.
Tapi kerana cinta Allah dan Rasul lebih utama.



Aku bukan orang alim.
Aku bukan ustazah.


Aku cuma pendosa tanpa noktah.


moga‬ seja kita mengerti.


-arifudoalhadid-



Terima Kasih

15 August 2014

: : TAK PERLU HEBOH : :


Tak perlunya di heboh-heboh..
Yang kau muslimah "bertudung labuh"..
Tak perlunya di hebah-hebah..
Yang kau seorang "muslimah berpurdah"..

Gambarmu tak perlu "di tayang-tayang"..
Menjadi "tatapan yang bukan mahram"..
Gambarmu sebaiknya di simpan..
menjadi "tatapan yang layak pandang"..

Jika hijrah mu kerana tuhan "tak kau hiraukan pujian orang"..
Jadilah muslimah yang "mengejar jannah"..
Bukan mengejar dunia yang indah..

Jadilah muslimah yang menjaga maruah,seorang yang tabah..
Seorang muslimah yang solehah.


-arifudoalhadid-

Terima Kasih

:: WANITA TARIM ::



Wanita Tarim..

Di Tarim sangat susah kita menemukan perempuan yang menampakkan wajahnya di khalayak ramai,


Walaupun dari pandangan lelaki ketika mereka bekerja di ladang atau menggembala kambing di kawasan bukit yang kering, mereka tetap berabaya dan berniqob/berpurdah hitam.



Mereka dapat bertahan walaupun di terik panasnnya matahari di Negeri Tarim Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya.

Begitulah perempuan di Tarim. Panasnya api neraka lebih mengerikan dibandingkan panasnya terik matahari.

Allah ...

Ya Tarim wa Ahlahaa.


-arifudoalhadid-

Terima Kasih

14 August 2014

: : SHAWL & KAUM HAWA : :

#gambar goggle.

Sangat comel apabila melihat kaum hawa memakai shawl..kemudian shawl tu di labuhkan menutupi dada.berpakaian longgar.

Serius.kamu comel.

Moga2 seja kamu tidak lupa menutup kaki dan lengan.

Itu juga aurat sayang.

#arifudoalhadid ;]


Terima Kasih

13 August 2014

: : Assalamualaikum : :

Assalamualaikum first.

Today ( 13 . 08. 2014 ).
I'm join the Blog ''to say & to share'' something we NEED TO KNOW or maybe something we NICE TO KNOW.

#arifudoalhadid ;]

Terima Kasih

© Arifudo al-Hadid | Template Designed By MH