10 January 2015

:: SIAPA AKU ::

Aku siapa??

kau tak tau aku siapa.
jadi kau jangan nilai aku siapa.

kau bukan tuhan untuk menilai aku,
dan aku..
aku bukan tuhan untuk menilai kau.


siapa aku??
aku sama macam kau.
hidup hanya menumpang di muka bumi ini.
aku sama macam kau.
di ciptakan dari tanah dan kembali kepada tanah bila sudah sampai waktunya.


apa beza kau dan aku??
rupa kita tidak sama.
rezeki,ajal,maut dan jodoh kita tidak sama.


dan kau tahu apa maksud di sebalik semua itu??
itulah kekuasaan tuhan yang menciptakan kita dari bentuk yang berbeza.
itulah kekayaan tuhan yang memberi kita kecukupan yang berlainan.


dan sekarang kau tahu siapa aku?


aku hanyalah hamba yang hina.
hidup menumpang di atas muka bumi ini,
berserah diri di arena persinggahan ini.
ini bukan kehidupan yang kekal.
kehidupan sebenarku bermula bila malaikat maut menjemputku.
kehidupan ku bermula setelah malaikat penjaga kubur selesai tugasnya menyoalku di alam barzakh.
kehidupan  ku bermula ketika selesai hari timbangan amal ku di hari kebangkitan.


masa tu..
aku..tak kau sekali..
masa tu kita tak tahu.


syurga neraka itu milik siapa.


Terima Kasih

08 January 2015

:: MANUSIA HARI INI SUKA SANGKA-SANGKA::


Manusia hari ini suka sangka-sangka..


Orang beribadah di sangka riak..
Orang rileks di sangka malas..
Orang berpakaian baru di sangka menunjuk..
Orang berpakaian buruk di sangka hina..
Orang makan banyak di sangka pelahap..
Orang makan sedikit di sangka diet..
Orang yang senyum di sangka mengejek..
Orang yang masam di sangka merajuk..
Orang berbincang di sangka mengumpat..
Orang yang diam di sangka menyendiri..
Orang yang menawan di sangka menggoda..
Orang yang ceria di sangka mengada.
Orang yang bertanya di sangka menyibuk..


Hakikatnya..


Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa..
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat..
Mana tahu yang diam itu beribadah..
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya..
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya..
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya..


Justeru itu..

Sesuatu perkara yang kita lihat jangan suka sangka-sangka..
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa..
Kerap sangka-sangka mengundang celaka..
Jangan terlalu bersangka-sangka..Jauhi sikap sangka-sangka..


"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagiaan dari sangkaan itu adalah dosa.."
(Al-Hujurat: 12)

Terima Kasih

:: Ya Tarim wa Ahlaha ::

Wanita Tarim..

Di Tarim sangat susah kita menemukan perempuan yang menampakkan wajahnya di khalayak ramai,

Walaupun dari pandangan lelaki ketika mereka bekerja di ladang atau menggembala kambing di kawasan bukit yang kering, mereka tetap berabaya dan berniqob/berpurdah hitam.

Mereka dapat bertahan walaupun di terik panasnnya matahari di Negeri Tarim Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya.

Begitulah perempuan di Tarim. Panasnya api neraka lebih mengerikan dibandingkan panasnya terik matahari.

Allah ...
Ya Tarim wa Ahlahaa


========================================

Tarim..

tempat untuk mencari akhirat.
sungguh ingin sekali aku tinggal di sana.
mendengar cerita nya aku sudah rindu kepada negeri itu.

Allahu..
Terima Kasih

© Arifudo al-Hadid | Template Designed By MH