11 September 2014

:: TIPS 1 : EDISI : TUTUP AURAT ::



Niat.

"Innama a'malu bin niat"

Sesungguhnya..amal perbuatan itu semuanya bergantung dengan niat.
Niat yang pertama yang menentukan berhasil ka tidak usaha kita untuk menutup aurat dengan sempurna.

Contoh :

1. Kita ingin berhijrah(berubah) ke jalan Allah..(Dapat pahala + Allah restui)
2. Kita ingin berhijrah untuk mendapatkan keuntungan dunia.(maka hijrahnya akan di nilai dan membimbing mengikut tujuan/niat hijrahnya itu.

Setiap orang di nilai dengan niatnya.sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka niatnya di nilai dan membawa dia kepada Allah dan Rasulnya.

Apapun yang kita buat niat lah kerana Allah.


Nak duduk kerana Allah.
Nak tidur kerana Allah.
Nak makan kerana Allah.
Nak belajar kerana Allah.
Nak kerja kerana Allah.


Its simple thing,yang selalu kita lupa.

Kenapa kerana Allah.?
Supaya kita tetap pendirian.dan Allah redha kita..bantu kita...

Sama la juga nak tutup aurat.Niatlah kerana Allah.Niat nya apa?

"Sahaja aku tutup aurat kerana Allah Ta'ala"

Senangkan?

Tepuk dada,cari iman mu di mana.

P/s: saya tak cakap aurat wanita.tetapi lelaki juga.

#arifudoalhadid ;]

Terima Kasih

No comments:

© Arifudo al-Hadid | Template Designed By MH